FEB 2024-By Lala
Pada cuti Tahun Baru Cina yang lalu, saya dan keluarga telah bercuti ke Sandakan. Jarak lokasi ke Sandakan adalah lebih kurang 300 km dari Tawau dan tempoh perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 4 jam 30 minit dengan menggunakan perkhidmatan bas. Harga tiket bas kadangkala boleh mencecah RM50/individu apalagi sewaktu musim perayaan. Untuk trip melancong bersama keluarga, saya syorkan anda menggunakan kenderaan sendiri atau menyewa sebuah kenderaan kerana ia jauh lebih jimat berbanding dengan menggunakan bas.Yang paling penting, anda sanggup untuk menanggung semua kos penyelenggaraan dan ketika dalam perjalanan. Jangan biarkan masalah ini menjejaskan emosi dan keseronokkan kita ketika sedang bercuti.
Bas yang kami naiki mula bergerak dari terminal pada pukul 7.00 a. m ke destinasi. Semasa bas dalam perjalanan , kadang-kadang bas tersebut akan melakukan beberapa kali hentian di sesuatu kawasan tepi jalan dan checkpoint tertentu.Termasuklah untuk singgah makan sebentar di Jalan Silam, Lahad Datu. Kami tiba di destinasi pada pukul 12.30 tengah hari.
Gambar 1. 1 :Sebuah bas (Twu-Sdkn) di Terminal Sandakan, milik sebuah syarikat bas.
Pada hari itu, kami tidak mencari penginapan untuk bermalam sebaliknya kami sekeluarga langsung ke rumah kakak saudara untuk bermalam yang terletak di batu 7. Sekali gus😁 kami dapat menjimatkan wang sedikit dan menggunakannya untuk kepentingan lain ketika berada di sini.Sekurang-kurangnya, tempat makan dan tidur kami tidak perlu dirisaukan lagi.
Keesokkan harinya ,dengan menaiki sebuah kereta, kami bergegas ke sebuah tempat rekreasi yang terletak di Batu 14,Jalan Labuk berdekatan dengan simpang hadapan di Sepilok. Ia mengambil masa beberapa minit dari rumah kakak. Tempat ini di namakan AisyaDelia Cottage. Ia adalah sebuah tempat rekreasi yang baru beroperasi dan mula menempah nama di kalangan pengunjung. Sekiranya anda ingin rasakan sensasi mesra alam dan ingin menjauhkan diri daripada kesibukkan kota. Anda patut jadikan kawasan rekreasi ini sebagai destinasi pilihan percutian. Tempat ini sebenarnya bukanlah bercirikan hutan semulajadi tetapi sebaliknya ia adalah sebuah kawasan yang telah diambil alih dan telah dibangunkan menjadi kawasan rekreasi.
 |
Foto 1.2: Family Lala di Depan Pintu Masuk |
 |
Gambar 1.3: Petunjuk/Pelan/Peta AisyaDelia Cottage |
Sebelum masuk, kami membeli tiket masuk di kaunter tiket yang terletak beberapa meter dari pagar masuk. Harga tiket yang ditawarkan adalah berbeza mengikut hari dan waktu. Harga tiket yang dikenakan untuk golongan dewasa ialah RM 17 manakala RM15 untuk kanak-kanak pada cuti umum dan hujung minggu. Pada hari biasa pula, harga tiket yang dikenakan adalah lebih murah iaitu, RM15 untuk golongan dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak.
Para pengunjung boleh memilih untuk walk- in atau pun stay di Cottage. Cottage ini mula dibuka kepada pengunjung dari jam 9.00 a. m hingga 10.00 p. m kecuali pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad iaitu dari jam 9.00a.m hingga 12.00a.m. Memandangkan ini adalah pertama kali kami datang ke sini, jadi kami memilih untuk berjalan kaki dan memerhati kawasan disekeliling. Sebelum walk-in jauh, kami perlu memakai band terlebih dahulu.
 |
Gambar 1.4 : Tiket Masuk/ band |
Kami berjalan menuju ke Aisy Farm untuk melihat beberapa ekor rusa yang ditempatkan di sebuah kandang.Rusa ini merupakan spesis timor yang populasinya tertumpu di Jawa, Indonesia dan Timor Leste.Haiwan ini juga berwarna coklat kehitaman gelap dan berdahi kelabu serta tidak mempunyai bintik. Selain Rusa Timor terdapat juga Albino Buffalo dan Boet Goat di Ladang Aisy serta pelbagai jenis burung di Amanda Bird Park. Haiwan-haiwan ini sangat istimewa dan tidak sama dengan haiwan yang ada di tempat lain dan tidaklah rugi sekiranya anda datang ke sini.
 |
Gambar 1.5:Kelihatan pengunjung ke Gerbang Masuk Aisy Farm. |
 |
Gambar 1.6: Rusa Timor. |
 |
Gambar 1.7: Amanda Bird Park, lokasi penempatan pelbagai spesis burung.
Video 1.0: Antara spesis burung yang ada di, Amanda Bird Park
|
Antara aktiviti menarik yang ditawarkan di sini adalah kayak, basikal air, ATV, mini train dan macam-macam lagi. Setiap aktiviti yang dilakukan ,masing-masing akan dikenakan bayaran.
Cottage turut disediakan kepada para pengunjung yang ingin bermalam dan menikmati aktiviti serta pemandangan di sini. Cottage ini terletak di Cactus Island dan setiap rumah kecil/ bilik ditulis dengan nama sejenis bunga di pintu masing-masing. Sesetengah Cottage ini pula kelihatan seperti sedang terapung di atas air apabila diperhatikan daripada jauh .Hal ini disebabkan ia didirikan di kawasan tebing air .Bayaran yang dikenakan untuk setiap bilik adalah mengikut harga packages.
 |
Gambar 1.8: Cottage |
 |
Gambar 1.9: Lala dan Ibu duduk di dekat ruangan tingkap di dalam Cottage (*Hanya masuk setelah mendapatkan kebenaran ) |
 |
Gambar 2.0 : Keadaan dan suasana di persekitaran Cottage
|
Kawasan untuk berkhemah juga turut disediakan kepada pengunjung yang sangat gemarkan aktiviti luar sambil menyaksikan pemandangan bintang di waktu malam. Kawasan ini terletak di Amanda Glamping dan ia juga dikenakan bayaran .Semasa berkhemah,jangan lupa untuk menjaga kebersihan di sini.
 |
Gambar 2.1 : Pintu Masuk Amanda Glamping (Sumber Foto:Google) |
 |
Gambar 2.2: Package yang ditawarkan |
(Sumber Foto: Google)
Antara lain yang turut disediakan untuk pengunjung di sini adalah seperti tempat meletakkan kenderaan untuk guest (*Visitor di luar), surau, tong sampah dan terdapat juga kedai runcit, Aisy Mart.
 |
Gambar 2.3: Jambatan berlampu menuju ke Adelia Resto dan Adelia Cafe |
Selain itu, jika anda ingin mencuba menu dan hidangan di sini, jangan lupa untuk singgah di Adelia Cafe.
 |
Gambar 2.4: Aisy Gallery di Adelia Cafe. |
Terdapat juga Amanda Balairung dan menurut saya, ia memaparkan seni bina tradisional dan gaya istana lama.
Gambar 2.5: Kakak Sulung,Lala di hadapan Balairung Amanda
Kami keluar dari main entrance pada pukul 2.p.m dengan perasaan gembira dan berpuas hati sambil melangkah keluar menuju ke tempat riadah di kawasan lain.
Di manakah lokasi seterusnya??
Setakat ini dahulu perkongsian saya pada kali ini. Saya ingin menyusun jari sepuluh sekiranya terdapat banyak kesalahan dan kesilapan . Saya juga berharap kita dapat bertemu pada nukilan yang akan datang.
Semoga berjumpa lagi!
"Jann malu2 dan segan mau komen.. Okey jak dada ribut ndak jadi masalah. Okay sampai di sini dulu, jumpa len kali. Santai-santai kita. "
Sumber dan Rujukan:
Facebook AisyaDelia Cottage:
Cottage:https://www.facebook.com/profile.php?id=61550696176047&mibextid=ZbWKwL
Sumber google/ AisyaDelia Cottage:
https://www.aisyadeliacottage.com/booking-
engine#/search
Wikipedia:
¹ "Sandakan - Wikipedia" https://en.m.wikipedia.org/wiki/Sandaka
² "Rusa Jawa - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas" https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Rusa_Jawa